TV9 (Malaysia)

A Local TV Station (most of all is in BAHASA)

TV9 – DEKAT DI HATI

Menyentuh hati, menggamit rasa

Berslogankan ‘Dekat Di Hati’ TV9 memulakan siarannya untuk menyediakan rancangan terbaik yang menepati cita rasa dan kehendak khalayaknya. Program di TV9 akrab dengan kehidupan seharian masyarakat di Malaysia dan memaparkan nilai-nilai murni yang melambangkan jati diri mereka.

Nilai tradisi, keunikan resam dan kemuliaan jiwa bangsa – itulah yang dipaparkan menerusi pendekatan ‘Dekat Di Hati’.

Kumpulan Sasar Bercita Rasa

Dua kumpulan utama disasarkan sebagai penonton TV9 yang semakin berkembang – masyarakat Melayu yang mementingkan keutuhan nilai tradisi dan jati diri serta generasi muda yang merupakan segmen penonton terbesar dan kian bertambah.

Seiring Informasi, Seceria Seni

TV9 semakin diterima penonton menerusi setiap rancangan yang disediakan. Merangkumi setiap genre – hiburan, hal ehwal semasa, program reality, majalah, pendidikan serta drama dan filem yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton.

Stesen televisyen ke-empat dalam Kumpulan Media Prima Berhad, TV9 memulakan siarannya pada 22 April 2006. Dalam tempoh setahun, ia berjaya melonjak sebagai stesen tv nombor dua dari segi bilangan penonton. Liputan TV9 adalah menyeluruh di Semenanjung Malaysia sejak hari pertama bersiaran.

——————————–

For more information , visit :- http://www.tv9.com.my

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.