Laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! pada tanggal 31 Ogos 1957 yang bergema di seluruh kampung dan bandar turut menyaksikan kelahiran akhbar yang berwibawa – Berita Harian.

Akhbar yang dihasilkan oleh rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat memenuhi keperluan rakyat Malaya semasa era nasionalisme yang sedang memuncak. Akhbar ini menggerakkan semangat juang untuk memerdekaan negara tercinta dan sehingga kini terus menyemarakkan impian rakyat ke arah mencapai Wawasan 2020.

Selepas empat dekad, Berita Harian melalui pelbagai perubahan mengikut arus daripada akhbar yang mencerminkan pemikiran dan aspirasi masyarakat berasaskan pertanian kepada akhbar yang dapat merangsang minda dalam mengejar arus maklumat yang mana pengetahuan adalah sumber utama untuk kemakmuran ekonomi.

Berita Harian adalah akhbar utama berbahasa Melayu tanah air. Diterbitkan dalam lima edisi, menjadi sumber yang tepat untuk mendapatkan maklumat dan berita terkini. Edisi harian didatangkan dalam 3 bahagian utama; iaitu Bahagian Utama, Bahagian Nasional dan Bahagian Tema. Bahagian Nasional dibahagikan kepada edisi Utara, Tengah, Selatan, Timur dan Sabah Sarawak. Berita Harian juga memuatkan akhbar tabloid Joran, eksklusif untuk aktiviti memancing yang diterbitkan setiap Jumaat.

Pembaca Berita Harian terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat meliputi pelajar, suri rumah, golongan kelas menengah, ahli perniagaan.

Hubungi kami:
Berita Harian Sdn Bhd,
Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur, Malaysia

Alamat emel
bhnews@bharian.com.my Meja Berita
bhbiz@bharian.com.my Meja Ekonomi
bhsukan@bharian.com.my Meja Sukan
bhnita@bharian.com.my Meja Wanita
upen@bharian.com.my Meja Pendidikan
hiburanbh@bharian.com.my Meja Hiburan
bhsastera@bharian.com.my Meja Sastera
komputer@bharian.com.my Meja Komputer
bhfoto@bharian.com.my Unit Foto Berita Harian
bhsurat@bharian.com.my Emel & Surat Pembaca
emediabh@bharian.com.my Berita Harian Online

Untuk keterangan lanjut: www.bharian.com.my

Leave a Reply